Thursday, September 24, 2009

kursus rekabentuk laman web


for big size version http://www.fotokahwin.com/fp2/poster_rekabentuk_web.jpg

- peserta tidak perlu pengetahuan coding html
- 3 perisian pembelajaran photoshop, dreamweaver dan ftp secara straight forward
- 28 november - JB - 12 peserta
- 29 november - kl - 12 peserta
- teknik rekabentuk skil graphic design

Tuesday, September 22, 2009

This is so tragic...

Abang meraung kejar kereta seret adik

KUALA TERENGGANU: Raungan seorang abang berusia tujuh tahun yang berlari mengejar kereta yang menyeret adiknya dan kemudian memangku sambil memanggil berulang kali nama adiknya yang terkulai layu dalam kejadian tragis di Kampung Raja, Tepuh pagi tadi meruntun hati setiap mereka yang menyaksikannya.

Selepas melihat adiknya, Cheku Mohd Afiq Cheku Mazlan, 5, terseret, Cheku Idris, 7, bertindak mengejar kereta Proton Saga terbabit.

Seorang saksi yang juga bapa saudara mangsa, Che Wan Ibrahim Che Ngah, 54, yang terkejut mendengar dentuman kuat di hadapan kedainya berkata, laungan sayu abang mangsa memanggil `adik...adik...' berulang kali sambil memeluk mangsa yang sudah tidak bernyawa begitu sedih dan memilukan.


"Ia berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika saya sedang melayan tetamu yang datang beraya di kedai saya terletak betul-betul di hadapan tempat kejadian.


"Saya tak nampak bagaimana ia berlaku tetapi hanya melihat si abang meraung sambil menangis memangku adiknya yang sudah terkulai...ketika itu baru saya tahu rupanya mangsa terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta yang meninggalkan tempat kejadian.

"Sesiapa saja yang menyaksikan kejadian itu memang tidak dapat menahan kesedihan," katanya yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Bapa mangsa, Cheku Mazlan Cheku Ahmad, 42, ketika ditemui, berkata beliau sangat terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.


"Dia sebelum ini tak pernah pergi mengikut abangnya ke kedai...mungkin sudah 'janjinya' dia bertindak begitu kerana sebelum kemalangan berlaku dia dikatakan beriya-iya mahu mengikut abangnya ke kedai," katanya.

Jenazah mangsa dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2.30 petang tadi selepas bedah siasat untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Trafik dan Kententeraman Awam Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Faudzi Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan disasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

........................................................................ guys & girls out there.. jangan jadi so stupid and so bangsat killing people just like that. Langgar dan lari. Jangan drive macam setan pada hari pertama raya. After reading this news, aku betul-betul temper dengan stupid people macam nie.

Friday, September 18, 2009

jadual raya tahun ini

jadual raya

20hb - k.terengganu + setiu
21hb - k.terengganu
22hb - k.terengganu
23hb - k.terengganu
24hb - k.terengganu
25hb - k.terengganu
26hb - k.terengganu
27hb - pengkalan hulu
28hb - pengkalan hulu
29hb - pengkalan hulu
30hb - k.terengganu
1hb - johor bahru - november
2hb - johor bahru -
3hb - johor bahru
4hb - johor bahru

Monday, September 14, 2009

blog & aku




aku yang sebenarnya tak suka sangat berblog. aku lebih prefer letak gambar and biar gambar yang citer ape aktiviti yg aku buat sepanjang tahun sepanjang bulan sepanjang hari. sebab bila berblog nie kadang aku takder citer nak kongsi pun, kalau nak kongsi part citer pasal photography, karang panjang kisahnya.

last week aku turun KL for meeting dengan beberapa jurufoto yang terkenal dalam photography (mengikut bidang masing-masing lah), aaaa dah dekat step nak jadi lecturer kot aku nie, ikut ayah aku yg memang seorang pengajar (cikgu sekolah). i'm among them yg kena meeting jugaklah.

our vision and mission is quite high, lagi tinggi lagi bagus, at least bukan setakat belajar aje,m yg diajar tu akan jadikan sampai sama terer or lagi terer dari yang datang meeting tu. for a while, aku tak nak citer panjang-panjang la.

but good news utk peminat photography, ini chances utk lebih diiktiraf, ramai pro photographer yg ada sekarang nie pun tak ada sesiapa pun yg qualified sebab digital photography dalam industri malaysia still new.

citer pendek kan... korang masuklah blog Ted Adnan. http://tedadnan.com

p/s : nampak gaya kena keluarlah semua portfolio-portfolio aku pas nie.

gambar di atas
#1 - sila definisikan sendiri
#2 - pelita rm1.99 beli 5 batang, pasang pakai minyak diesel
#3 - ampai umah jiran sebelah

Saturday, September 05, 2009

buah kurma tak ada semut

ini perkara yang aku baru sedari, hari pertama puasa, aku beli kurma. 2 jenis. Kurma maryami & kurma madinah (class bagus)untuk dimakan buat berbuka atau buat sahur. Dipendekan cerita. Aku letak kat kabinet dapur rumah. Kurma tu dalam kotak yang berlubang (ada ruang udara sebesar saiz duit RM 1).

dekat kabinet dapur umah aku tu, letaklah apa jenis makanan, minuman, baik air kosong pun, kalau tak tutup nanti ada semut halus datang hurung, dekat water heater pun ada semut jugak. Tapi yang ajaibnya, kurma aku tak ada semut.. Tak ada seekor pun datang. Lalu-lalu pun tak ada. Dari hari first beli sampai sekarang, masih terbuka macam tu, tak ada semut pun. Walhal kan kurma itu manis. Mungkin ini first info yang aku dapat tahu tentang buah kurma.

google juga cari info pasal buah kurma, tapi tak jumpa sangat. Jadi aku anggap ini satu keajaiban buah kurma yang Allah ciptakan. Sebab itulah kot ianya salah satu santapan nabi.

Friday, August 28, 2009

kedai makan baru nak ada sabun

sejak kes H1N1 melanda seluruh dunia. barulah sekarang nie, bila aku pergi makan kat kedai-kedai makan, ada sabun/pencuci tangan disediakan. kalau tidak, dari kedai mamak, warung, gerai, kopitiam, baik yg high class mahupun takder class, memang susah nak tengok letak sabun/pencuci tangan kat sinki basuh tangan. betul2 kedekut.

sekarang semua ada. bagusla, baru nak sedar. kedai buka 24 jam 7 hari seminggu pun nak kasi sabun free basuh tangan RM 1.20 seketul pun xmampu. pelik betul.

- tahukah anda, faktor muka makin berjerawat kerana tangan memicit penuh bakteria.
- tahukah anda, bawa motor 10 minit pun dah cukup buat tangan anda kotor yg amat.
- tahukan anda berapa bakteria kat tangan yg tak dibasuh ? saya pun tak tahu.

Wednesday, August 26, 2009

lagi 33..

lagi 33 kena diteruskan...
huh huh huh...